Friday, January 30, 2015

Insurans: Perlindungan atau Pelaburan?

Sudah banyak pihak yang membuat perbincangan mengenai Insurans, perlukah setiap pihak mengambil satu polisi untuk perlindungan mereka?


  • Kos Perubatan Semakin Meningkat
Dengan peningkatan kos perbelanjaan untuk kehidupan seharian, dari kos makanan, pengangkutan kepada perubatan memaksa sesetengah dari kita terpaksa berfikir dua kali sebelum berbelanja.

Dengan kos perubatan yang semakin meningkat saban tahun, penulis berasakan Insurans bukan lagi sebuah pilihan, tetapi suatu kewajipan BAGI mereka yang mampu atau sederhana mampu.

Penulis yang baru berusia 26 tahun, tetapi sudahpun dimasukkan ke wad sebanyak 8kali. Penulis telahpun merasai pengalaman dimasukkan ke dua-dua hospital baik swasta mahupun kerajaan.




Kedua-dua institusi ini punya pro and cons masing-masing, dan kebanyakan kita sudahpun tahu mengenai perkara ini. Namun, ramai yang bersetuju bahawa mereka lebih sanggup berehat di hospital swasta berbanding hospital kerajaan atas dasar layanan dan undang-undang hospital yang kurang ketat berbanding hospital kerajaan.




Dengan memiliki polisi perlindungi peribadi, anda kini sudah tidak perlu risau dibebani kos perubatan yang tinggi kerana polisi anda bakal membayar 90% dari kos tersebut, dengan syarat penyakit tersebut dilindungi dibawah klausa polisi anda. Perkara ini boleh disemak dengan agen insurans anda masing-masing.